BH Online
Ringkasan Berita

Shafee nafi laporan Najib kemuka permohonan baharu pengampunan

KUALA LUMPUR: Peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah menafikan laporan Datuk Seri Najib Razak mengemukakan permohonan pengampunan yang baharu.
Shafee nafi laporan Najib kemuka permohonan baharu pengampunan

Peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah. - Foto fail BERNAMA

KUALA LUMPUR: Peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah menafikan laporan Datuk Seri Najib Razak mengemukakan permohonan pengampunan yang baharu.

Shafee berkata tiada sebarang permohonan sedemikian difailkan kepada Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan, sambil menambah beliau pasti dimaklumkan sekiranya ada permohonan dibuat.

"Saya akan menjadi orang pertama yang tahu, selain Najib, jika sebarang permohonan dikemukakan," katanya.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas laporan yang mendakwa Najib, yang akan berusia 73 tahun tahun ini, sudah menghantar permohonan pengampunan yang baharu pada Ramadan dengan salinan dihantar ke Istana Negara.

Laporan itu turut mendakwa Najib memohon untuk dibebaskan daripada semua kesalahan jenayah, namun tidak menyatakan sama ada permohonan itu membabitkan kes SRC International Sdn Bhd atau 1Malaysia Development Berhad (1MDB) atau kedua-duanya sekali.

Pada 22 Disember tahun lalu, Hakim Mahkamah Tinggi Alice Loke menolak permohonan semakan kehakiman Najib untuk menguatkuasakan perintah tambahan diraja yang akan membolehkannya menjalani baki hukuman penjara di bawah tahanan rumah.

Kini, Najib menjalani hukuman penjara yang dikurangkan kepada enam tahun di Penjara Kajang selepas disabitkan bersalah menyeleweng RM42 juta daripada SRC International.

Pada 26 Disember, Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Collin Lawrence Sequerah, yang bersidang sebagai hakim Mahkamah Tinggi, menjatuhkan hukuman penjara 15 tahun serta denda RM13.4 bilion terhadap Najib atas kesalahan salah guna kuasa dan pengubahan wang haram melibatkan dana 1MDB.

Sequerah memerintahkan hukuman penjara berjalan secara berturutan dengan hukuman penjara sedia ada Najib bagi kes penyelewengan RM42 juta daripada SRC International.

Video Terkini

Berita Berkaitan